ALHAMDULILLAH....
Untuk kali pertama pd tahun 2013 ini ana ingin kongsikan satu artikel daripada I luv islam.com....
nak post yg sendiri punye karya,x sempat lg.....huhu...sbbnyer taun ni dah jd calon SPM....muqorra hafazan pulak lg byk...so?????????ana copy dulu yg org lain....hehe....
kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh serta berpesan-pesan kpd kebenaran dan kesabaran(surah al asr:3)
moge dpt mengambil ibrah.....
Dalam karya agung Hujjatul Islam al-Imam Ghazali r.h. ada
menyebut dalam bab pertama kitab Ihya Ulumuddin mengenai mereka yang bergelar
ulama. Menurut beliau ulama terbahagi kepada dua golongan yakni ulama dunya
atau ulama usuukdan ulama al-akhirah.
Ulama dunya adalah ulama yang menggunakan agama demi sedikit
kepentingan keduniaan seperti habuan wang ringgit, anugerah dan pangkat.
Kebiasaan ulama jenis ini akan mendampingi para penguasa bagi memastikan
matlamat mereka tercapai, malah kadang-kala mereka sanggup mengeluarkan fatwa
demi membenarkan tindakan penguasa meskipun ianya adalah jelas salah di sisi
syarak.
Manakala antara ciri utama para ulama akhirat adalah tidak
tergesa-gesa dalam mengeluarkan fatwa. Mereka akan sentiasa berdiri teguh dan
sentiasa mencari jalan melepaskan diri daripada memberikan fatwa.
Kata Imam Ghazali,
"Jikalau mereka ditanya mengenai hukum yang benar-benar
jelas ada dalam al-Quran dan Sunah, ijmak dan qias maka berfatwalah mereka. Dan
apabila ditanya kepada mereka sesuatu yang diragukan, maka mereka akan
menjawab, 'La adri (aku tidak tahu)', jika mereka ditanya mengenai sesuatu yang
hampir diyakininya, berdasarkan ijtihad dan tekaan mereka, maka mereka akan
berhati-hati, mempertahankan diri dan menyerahkan penjawapan kepada orang lain,
jika ada kemampuan tersebut pada orang lain." (Ihya Ulumuddin, jidil 1)
Kerana ulama akhirat adalah berhati-hati sifatnya, dalam
perbuatan mahupun kelakuan. Pada mereka al-hazmu berhati-hati besar manfaatnya,
kerana mereka tahu andai ijtihad itu dilakukan tanpa suatu kajian dan ilmu
khusus ia menjadi fatwa ikut-ikutan dan pastinya besar implikasinya kepada diri
mereka khususnya masyarakat yang mengambil fatwa mereka sebagai pegangan.
Rasulullah SAW pernah berpesan,
"Ilmu itu ada tiga bahagian: Kitab yang berbicara,
Sunah yang berdiri tegak dan la adri (aku tidak tahu)"
(Hadis direkodkan oleh Abu Daud dan Ibnu Majah daripada
Abdullah bin Umar, hadis marfu')
Jelas di sini bahawa kemuliaan seorang ulama itu bukan
sahaja kepada ketinggian ilmu mereka namun sikap berhati-hati dan tawaduk
mereka. Akhlak sebegini mungkin akan mendatangkan telahan yang pelbagai dalam
kalangan masyarakat namun mereka sedar bahawa walaupun mereka berilmu pastinya
diri mereka juga punya kelemahan.
Para ulama salafus soleh antara ulama yang mempunyai kualiti
ilmu, iman dan takwa yang tinggi di sisi Allah taala. Namun mereka jua dalam
keadaan tertentu lebih selesa berkata la adri bagi sesuatu hukum dan perkara
yang mereka tidak tekuni. Berkata la adri juga antara cara yang lembut bagi
menyatakan ketidaktahuan kita.
Asy-Sya'bi berkata,
"La adri adalah setengah daripada ilmu. Sesiapa yang
berdiam diri kepada perkara yang tidak diketahuinya kerana Allah taala, maka
tidak akan kurang pahalanya berbanding orang yang berkata-kata. Kerana mengaku
bodoh adalah perbuatan yang berat bagi seseorang itu."
Begitu juga halnya yang berlaku kepada Abdullah Ibnu Umar
saat dirinya ditanya bagi mendapatkan fatwa. Beliau berkata dengan tegas,
"Pergilah kepada ketua kamu yang sudah menerima beban
tanggungjawab segala urusan manusia. Maka letakkanlah urusan tersebut
kepadanya."
Demikian juga, adalah mustahil bagi seorang manusia biasa
sebagaimana tinggi dan alimnya ilmu mereka dapat menjawab semua persoalan yang
diusulkan. Sedangkan Rasulullah SAW sendiri apabila ditanya kepada Baginda
sesuatu yang tidak atau belum diketahuinya, tanpa segan dan takut maruahnya
sebagai pemimpin agung orang Islam tercalar, baginda akan menjawab, "La
adri."
Ibnu Mas'ud menerangkan,
"Orang yang memberi fatwa terhadap semua persoalan yang
diminta kepada mereka fatwanya adalah gila!" Seterusnya beliau menyambung,
"Benteng orang alim itu adalah la adri. Jikalau ia menyalahkan benteng
itu, maka sesungguhnya bencana akan menimpa di tempat-tempat mereka
berperang."
Justeru, wajarlah kita sebagai orang Islam mengambil iktibar
daripada para ulama muktabar salafus soleh dalam urusan harian kita. Janganlah
menjerumuskan diri kita ke dalam lembah kehinaan hanya kerana sebuah ego dan
takut dianggap orang tidak berilmu.
Setiap persoalan khususnya mengenai agama dan hukam-hakamnya
mesti dijawab dengan berhati-hati agar tidak berlaku penambahan atau
pengurangan dan jika tidak tahu maka jawab sahaja, "La adri".
Ayuh kita hayati kisah daripada hadis Rasulullah SAW yang
bermaksud,
"Tatkala Rasulullah SAW ditanyakan mengenai tempat yang
terbaik dan terburuk di bumi, maka Nabi SAW menjawab, 'La adri' sehingga datang
Jibril kepada Baginda dan ditanya kepada Jibril. Jibril menjawab, "La
adri." Sehingga kemudian Allah taala sendiri yang memberitahu kepada
Baginda bahawa tempat yang terbaik adalah masjid, manakala tempat yang terburuk
adalah pasar."
(Direkodkan oleh Ahmad, Abu Ya'la, Al-Bazzar dan Al-Hakim
daripada Ibnu Umar)
Bayangkan Rasulullah sendiri tanpa memikirkan betapa malu
dirinya yang dianggap sebagai seorang utusan Allah yang mendapat wahyu apabila
menjawab tidak tahu apabila ditanya. Namun dek kerana dirinya benar-benar tidak
tahu, Rasulullah sanggup berkata tidak tahu berbanding mereka-reka seterusnya
berbohong demi tidak mahu malu.
Ini adalah sunnah dan teladan kepada kita umatnya,
pengajaran yang sangat besar ada di sana yakni kejujuran dan kebenaran adalah
lebih penting daripada kesombongan dan maruah diri sendiri.